1 MURID 1 SUKAN




















Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaanyang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan UntukSemua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada muridyang kurang akti supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan zikal murid selaras denganungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukanmemainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produkti agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkangaya hidup sihat dan akti.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmatimanaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiringdengan keperluan akademik.
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatansemua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segalakegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dangalakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti matapelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang darisegi kesejahteraan minda dan jasmani.Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,keseahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan zikal yang memberi satu landasanyang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diridalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan okus atau penekanandalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yangberdaya saing tinggi.
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta
memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi